11 July 2026

GELARAN DATUK - ZIANA ZAIN SERAH SOAL REZEKI PADA ALLAH : "YANG SAYA TAHU, SAYA MENYANYI, HIBURKAN ORANG DAH CUKUP... SAYA TAK KEJAR GELARAN"



Baru-baru ini timbul desas desus bahawa penyanyi Ziana Zain bakal menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk dari kerajaan sebuah negeri. 

Ditanya berhubung dakwaan itu, Ziana berkata, dia menyerahkan soal rezeki kepada Allah, namun tidak pernah mengejar gelaran itu.

"Saya tak terfikir nak dapat kedudukan atau gelaran. Tiada. Yang saya tahu, saya menyanyi, hiburkan orang dah cukup. Saya tak kejar gelaran.

"Semua itu Allah yang bagi. Bila Dia kata sudah sampai masanya untuk diberikan kepada saya, saya terima. Tak payah fikir, tak payah kejar.

"Kamu kena ada kelas tersendiri. Biar benda itu datang kepada kamu, bukan kamu yang mengejarnya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Ulas penyanyi berusia 58 tahun itu lagi, ia bukanlah perkara baharu memandangkan sudah berlegar sejak bertahun lalu.

"Saya pun tak tahu nak cakap sebab benda ini sudah berlegar-legar sejak beberapa tahun. Kalau rezeki Allah nak bagi, saya terima.

"Ramai orang tanya, kenapa saya tak dapat Datuk lagi. Saya tak tahu apa yang mereka lihat, dari segi apa, saya tak tahu," tuturnya.

Dalam pada itu, Ziana menjelaskan, dia juga tidak pernah menerima jemputan daripada mana-mana pihak. 
"Tak pernah (ditawarkan). Tiada yang berjumpa atau datang ke rumah walau kita dah mendengar mengenai perkara ini sejak beberapa tahun.

"Setiap kerajaan negeri, mereka ada calon mereka sendiri. Kita tak tahu sama ada kita tercalon.

"Ada beberapa rakan saya yang dapat dan beritahu kena isi borang dan sebagainya. Rupa-rupanya ramai.

"Tapi, macam yang saya cakap, kita tak tahu siapa yang tercalon," kata.penyanyi lagu 'Madah Berhelah' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: