12 July 2026

ISU NIKAH DATUK SERI VIDA SEGERA - FAZLEY YAAKOB SAMBUT BAIK TEGURAN PU SYED : "SAYA SOKONG DIA BERI KOMEN, SAYA TIDAK TER4SA HATI... ITU CARA DIA JALANKAN TANGGUNGJAWAB"



"Dia komen macam itu, tanggungjawab dia. Dia bukan mengh1na. Saya sokong dia beri komen, saya tidak ter@sa hati. Itu cara dia jalankan tanggungjawab."

Itulah ujar penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48, dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, di mana dia menyambut baik teguran yang diberikan oleh pendakwah bebas, PU Syed, mengenai hubungannya dengan usahawan Datuk Seri Vida.

Fazley berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan pengikut ketika dia mengadakan sesi siaran langsung bersama Vida.

Malah kata Fazley lagi, dia juga sedar PU Syed hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah yang menggesa mereka supaya segera bernikah.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, mengulas tentang perkahwinan pula, Fazley memaklumkan, perkara tersebut perlu diteliti dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Ini kerana jelas Fazley, hubungan antara mereka melibatkan pelbagai pihak, termasuk anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

"Kahwin ini tak boleh dirancang dan terus jadi. Banyak perkara perlu diatur, melibatkan keluarga dan anak-anak kedua-dua belah pihak.
"Apa yang akan berlaku antara kami berdua dalam waktu terdekat pun kami sendiri tidak tahu," jelasnya.

Sebelum ini, PU Syed tampil memberi teguran secara terbuka terhadap Fazley dan Vida susulan keintiman mereka yang sering dilihat meluangkan masa bersama.

Selain itu, PU Syed berpendapat mereka perlu segera bernikah jika benar-benar sedang menjalinkan hubungan cinta.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: