"Sebenarnya perkara itu bukanlah dirakam khas untuk dijadikan kandungan. Apa yang berlaku adalah semasa saya berniaga secara siaran langsung (live str£am) yang ditonton oleh 10,000, 15,000 hingga 20,000 penonton mengikut waktu.
"Jadi apa yang berlaku itu adalah secara spontan dan ikhlas dari hati semasa kami membuat dem0nstrasi pr0duk, tergelak dan tertawa. Apabila saya tonton semula, perkara itu memang kelakar."
Demikian kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, di mana dia men£gaskan, kemesraan yang ditunjukkan bersama penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48, di media sosial bukan rekaan semata-mata untuk dijadikan kandungan (content).
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Fazley meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz memberikan sokongan penuh terhadap hubungannya bersama Vida.
Menurut Fazley, keharmonian itu terjalin hasil komunikasi yang baik, selain menganggap mereka kini berada dalam satu ikatan keluarga besar.
"Alhamdulillah, bekas isteri saya iaitu Azrene sangat menyokong. Kami sudah berjumpa dan sebagainya.
"Kami menganggap ini seperti satu keluarga besar dan perkara itu sangat memberikan sokongan dalam hubungan antara saya dan Datuk Seri Vida, Alhamdulillah," tuturnya.
Disamping itu, Vida turut mengulas mengenai respons spontan itu, di mana ia disenangi ramai pengikut yang menonton siaran langsung berkenaan.
"Anda semua pun suka dan tertawa juga, kan? Anda semua pun rasa terhibur, bukan saya sahaja. Ini kerana Datuk Fazley seorang yang sangat romantik," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment