"Apa yang berlaku semalam, biarlah kekal di sana. Hari ini, wajar disambut dengan hati yang segar, fikiran tenang, dan permulaan indah. "Ya Allah, aku serahkan segala yang telah berlaku semalam kepada-Mu. Tenangkan hati ini, lapangkan fikiran, dan pimpinlah setiap langkahku hari ini.
"Gantikan segala yang hilang dengan sesuatu lebih baik. Kurniakan aku ketenangan, rezeki yang luas, keberkatan dan kebahagiaan yang tidak disangka-sangka.
"Bismillah untuk hari yang baru. Semoga hati ini lebih baik daripada semalam," itulah tulis bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan, 40, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36, menerusi hantaran video yang dimuat naik di media sosial, di mana ia memaparkan dia bersendiri melangkah maju ke hadapan.
Dalam pada itu, Dr Fie yang merupakan seorang doktor gigi yang juga pemp£ngaruh media sosial, berharap agar langkah baharu diaturnya dalam kehidupan kini lebih baik daripada sebelumnya.
Disamping itu, Dr Fie juga berharap, semoga segala yang pernah 'hilang' diganti dengan sesuatu lebih baik dan memperoleh ketenangan, rezeki lebih luas, keberkatan serta kebahagiaan tidak diduga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial mendoakan kebaikan buat ibu tunggal tiga anak ini kerana dia layak memperoleh kehidupan bahagia dan tenang.
"You deserve better life, deserve terus ke depan, yang belakang dan semalam biar ia jadi sejarah yang mematangkan."
"Insya-Allah Dr Fie.. you go girl. Moga Allah ganti dengan cerita yang indah-indah."
"Selalu menyokong anda. Insya-Allah, percaya pada-Nya, terus kuat."
"Dr Fie selalu cantik. Terus semangat bahagiakan diri sendiri," demikian antara komen-komen yang ditulis pengguna media sosial.
Semalam, Dr Fie bersama peguam syarie, Nor Hazura Hamzah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi pr0siding kedua k£s k0mital pelangg@ran perintah mahkamah.
Pada Mei lalu, Nubhan mendakwa bekas isterinya itu melakukan tiga pelangg@ran terhadap perintah mahkamah menerusi hantaran di media sosial.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie sah bercerai dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember 2025 dan hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata berusia sembilan hingga empat tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment