Penyanyi nasyid dan pendakwah terkenal, Nazrey Johani, 55, memaklumkan mengenai keadaan isterinya Habibah Johnny, 34, yang disahkan menghidap kans£r mata dan hati, di mana ia masih di peringkat awal dan dia sudah memikirkan lokasi yang sesuai untuk rawatan isterinya itu.
Menurut Nazrey atau nama penuhnya, Nazrey Johani Abdullah, isterinya sudah lama mengalami mas@lah kesihatan sebelum pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan peny@kit tersebut.
"Isteri saya disahkan menghidap bar@h hati dan mata minggu lalu. Dia sebenarnya sudah lama s@kit, selalu munt@h dar@h. Bila saya bawa ke klinik, doktor minta saya bawa isteri ke hospital.
"Selepas dua kali melakukan pemeriksaan, akhirnya doktor sahkan isteri saya menghidap bar@h. Buat masa ini, keadaan isteri saya baik-baik saja. Mungkin dia masih di tahap awal kans£r," jelasnya.
Disamping itu, Nazrey berkata, isterinya kini perlu menjalani rawatan susulan, namun pada masa sama dia sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan di Guangzhou, China iaitu Modern Cancer Hospital Guangzhou menggabungkan teknologi rawatan moden dan tradisional.
Kongsinya lagi, dia tertarik apabila sahabatnya yang juga anggota kumpulan The Zikr, Syamsul berkongsi pengalaman membawa isteri menerima rawatan di negara berkenaan.
"Ada rawatan susulan tetapi saya tengah fikir kalau ada duit nak pergi Guangzhou. Saya sendiri kalau ada kemampuan pun nak pergi tapi kos sekali pergi dalam RM30,000 juga.
"Saya sudah memikirkan lokasi yang sesuai untuk rawatan. Jika ada rezeki, saya merancang untuk melakukan rawatan di Guangzhou, China. Kebetulan isteri sahabat saya iaitu Syamsul Masri dari kumpulan The Zikr turut menghidap bar@h dan mendapat rawatan di sana.
Klik untuk gambar besar
"Isteri Syamsul daripada tak boleh berjalan (pakai kerusi roda), sampai dah boleh berjalan sekarang. Sekarang dah kali ketiga mereka ke China buat rawatan."Di sana mereka fokus kepada bar@h yang dihidapi. Contohnya kalau bar@h hati, mereka fokus kepada bar@h hati. Mereka tak buat rawatan untuk seluruh tubuh badan. Mereka akan rawat satu persatu.
"Saya sendiri kalau ada rezeki, mahu bawa isteri untuk dapatkan rawatan di sana. Nak rasa rawatan di sana macam mana. Saya nak menghargai isteri yang sanggup memandu dari Keningau ke Pusat Perubatan di Kota Kinabalu masa saya kena s£rangan jantung akhir Julai tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, kongsi Nazrey lagi, kunjungan Syamsul ke sana juga membawa cerita menarik apabila pihak hospital di sana mencadangkan agar temannya itu dan kumpulan The Zikr melakukan konsert amal untuk mengumpul dana rawatan.
Mengulas lanjut, Nazrey tertarik dengan pendekatan pihak hospital di China yang turut menawarkan alternatif bagi membantu pes@kit yang berdepan kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan.
"Kali pertama Syamsul pergi ke sana (China), dia beritahu saya kalau tak ada duit pihak hospital akan beri idea macam mana untuk cari duit untuk bayar kos rawatan.
"Apa yang menariknya pihak hospital di sana suruh buat konsert untuk kutipan dana bagi pes@kit kans£r. Saya pun baru sahaja dapat panggilan daripada Syamsul, dia beritahu ada projek baru untuk buat konsert mengumpul dana untuk s@kit kans£r.
"Kami akan atur perancangan idea ini untuk mengadakan konsert amal ini. Insya-Allah kita akan usahakan," kongsi Nazrey yang sebelum ini menjalani ujian angi0gram serta memasukkan st£n dan belon di bahagian kiri dan kanan jantung pada Ogos tahun mengeluarkan wang simpanan sekitar RM85,000 untuk tujuan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment