"Assalamualaikum. Dimaklumkan, Cik Man telah dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam semalam. Keadaan beliau terkini krit1kal kerana saluran jantung tersumbat, dan kini telah ditidurkan untuk untuk beliau rehat dan doktor lakukan rawatan."
Demikian kata pelawak Amir Raja Lawak, di mana di memaklumkan, pelakon veteran Kamarool Yusof telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanah Merah, di sini, selepas dipercayai mengalami mas@lah jantung tersumbat.
Dalam perkongsian di Facebook, hari ini, Amir menjelaskan Kamarool yang turut dikenali sebagai Cik Man berada dalam keadaan krit1kal.
Dalam pada itu, Amir memohon doa orang ramai agar urusan rawatan Cik Man dipermudahkan dan kembali sembuh.
Klik untuk gambar besar
"Didoakan Allah permudahkan urusan rawatan Cik Man dengan baik-baik sahaja, semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala, aamiin ya mujib ya rabbal alamin.
"Buat masa sekarang tak dibenarkan melawat. Apa-apa perkembangan, in shaa Allah saya akan update juga. Doa segala kebaikan buat Cik Man, in shaa Allah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment