18 April 2008

PERPISAHAN IKIN DAN AIN

KAMI SUDAH BERSEDIA!

Apabila Ikin mengahwini Mawi, perpisahan antara pasangan kembar ini memang tidak dapat dielakkan. Meskipun mereka sudah rapat sejak lahir, namun kalau sudah sampai masa... masing-masing harus juga mengikut takdir yang telah ditentukan.


Ikin dan Ain, kembar seiras...

"Memang perpisahan itu amat menyedihkan, namun kami terpaksa redha dengan takdir dan ketentuan Allah. Jika Ikin terpaksa mengikut suaminya berpindah esok, ia merupakan satu perpisahan yang terpaksa kami tempuhi setelah sekian lama bersama.

"Malah adakalanya saya seperti tak percaya yang kakak saya ni dah nak kahwin. Rasa takut sangat bila fikirkan perkara tu. Bagi saya, bagaikan masa tu terlalu pantas berlalu," ujar Ain, kembar Ikin ketika ditemubual baru-baru ini.


"Kami terima takdir... "

Ditanya tidakkah dia mahu mengikut jejak langkah kakaknya atau mungkin mendirikan rumahtangga secara serentak, jawab Ain buat masa ini dia belum mempunyai kekasih lagi. Tapi katanya kalau bertemu lelaki yang sesuai, dia pasti akan berkahwin juga.

"Insa'Allah, kalau ada jodoh saya tentu akan ikut jejak langkah kakak. Bagi kami, sesiapa juga yang bertemu jodoh dulu... kami akan rela dan terima dengan hati terbuka.

"Biarpun lepas kahwin nanti Ikin mungkin tinggal jauh dari saya, tapi asalkan saya tahu dia selamat dan berbahagia, itu sudah memadai bagi saya," tambahnya.

Terdahulu ketika diajukan soalan mengenai pemakaian tudung, menurut Ain dia belum bersedia untuk mengikut langkah kakaknya. Bukan kerana belum sampai seru, tetapi hatinya masih belum terbuka lagi ke arah itu.

"Kalau saya nak pakai tudung, saya nak pakai selama-lamanya bukan sementara sahaja. Jadi sekarang selagi belum dapat seruan tu, Ain belum bersedia untuk memakainya," ujarnya.

Menjawab satu soalan lucu, apakah pernah Mawi tersalah panggil atau tersalah anggap yang Ain sebagai Ikin, kata Ain selalunya Mawi akan panggil nama dulu. Bila salah seorang berpaling, maka Mawi akan lebih mudah mengenali sama ada Ikin atau Ain.

"Tapi kini terlalu mudah nak kenal kami. Sebab seorang bertudung dan seorang lagi tidak!" sampuk Ikin sambil ketawa. - Artikel copyright myartis 2008
.
.
.

No comments: