16 May 2008

ALBUM THE LIMA

Majlis pelancaran album The Lima telah selamat dilakukan di Planet Hollywood, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

The Lima yang sebelum ini meletop dengan lagu 'Separuh Masa' yang mencetuskan kontroversi terhadap mesej yang cuba disampaikan melalui lirik lagunya, kini tampil pula dengan album sulung mereka yang berjudul ‘THE LIMA’. Album ini berkonsepkan pop komersial yang dimuatkan dengan 10 buah lagu keseluruhannya.

Bernaung di bawah syarikat rakaman KRU, tiga anak muda dari Indonesia - Taura, Bony dan Arif begitu yakin kehadiran album pertama ini akan berjaya dan mencapai jualan yang memuaskan. Album THE LIMA diterbitkan oleh KRU dan diedarkan oleh syarikat antarabangsa terkenal iaitu Universal Music.



Proses rakaman album ini telah dijalankan di Indonesia yang hanya mengambil masa selama 2 minggu. Level Studio Bandung, Indonesia menjadi pilihan produser untuk dijadikan lokasi rakaman. Keseluruhan proses gubahan dan adunan dijalankan di Malaysia iaitu di Studio KRU Music Group.

Penerbitan album ‘THE LIMA’ telah dipertanggungjawabkan kepada Edry Abdul Halim yang sememangnya tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Bagi Edry, kesemua lagu dalam album ini adalah istimewa, namun lagu yang diberi judul 'Kau Ada Dia' yang berentak balada ini lebih menarik hati beliau untuk dijadikan single kedua The Lima.

Sedikit kelainan ditonjolkan oleh Edry dalam album ‘THE LIMA’ ini di mana terdapat beberapa buah lagu mendapat didikan daripada pengarah vokal terkenal di Indonesia iaitu Irvan Natidingrat. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah “Buronan Cinta”, “Mabuk Cinta” dan “Kau Ada Dia”. Dengan tunjuk ajar dari Irvan, The Lima dapat memberikan vokal yang lebih baik. Tidak kurang hebatnya juga dengan lagu-lagu yang lain seperti “Lebih Baik”, “Pernahkah Aku”, “Sementara”, “Dimabuk Cinta” dan “Terus Berputar”.

KRU telah menyusun aktiviti promosi selama 3 minggu untuk The Lima menyelesaikan tugas mempromosikan album mereka ini. The Lima turut mengikuti salah satu road tour yang diadakan pada 10hb May di Kuantan. Penggambaran klip video ketiga untuk lagu “Buronan Cinta” yang sudah mula diperdengarkan di station radio akan dijalankan pada 20hb ini dan bakal diarahkan oleh Edry Abdul Halim sendiri. Dua buah klip video telah siap produksinya sebelum ini iaitu 'Separuh Masa' dan 'Kau Ada Dia' dihasilkan di Indonesia sudah mula diedarkan di stesen televisyen.

Pastikan album ‘THE LIMA’ ini menjadi salah satu koleksi yang boleh di dapatkan dengan harga RM29.90 CD dan RM16.50 kaset. Album telah mula berada di pasaran pada 30 April 2008.

Track Listing
1 DIMABUK CINTA
2 KAU ADA DIA
3 SEPARUH MASA
4 PERNAHKAH AKU?
5 TERUS BERPUTAR
6 BURONAN CINTA
7 TIDAK MUDAH UNTUK BERCINTA
8 HINGGA
9 SEMENTARA
10 LEBIH BAIK

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

No comments: