20 May 2008

ALBUM TERBARU RAIHAN

Setelah sekian lama bersama dengan Warner Music Malaysia, akhirnya Raihan muncul dengan penghasilan album yang terbaru di bawah terbitan mereka sendiri iaitu Raihan Records. Berdasarkan permintaan dari peminat mereka, album pertama terbitan sendiri akhirnya terlaksana. Kemunculan album ini tidak seperti album sebelumnya kerana ia mempunyai banyak cerita untuk dikongsi bersama.

Raihan kini muncul dengan abum terbaru mereka yang berkonsepkan beberapa ciri-ciri istimewa:
a) album selawaterapi iaitu alunan selawat ke atas Rasulullah yang merupakan penawar kepada sebarang masalah sama ada fizikal, minda dan rohani.
b) album versi antarabangsa
c) dilancarkan di kota London pada 23 hb Mac 2008 sempena kunjungan Raihan ke London untuk persembahan di Royal Abert Hall
d) sepenuhnya acapella, tanpa iringan sebarang alat muzik
e) koleksi selawat-selawat yang popular di seluruh dunia

Album yang berjudul "PRAISES FOR THE PROPHET" diterbitkan oleh Abu Bakar Md Yatim. Sesuatu yang menarik juga untuk diketahui, dalam album ini tiada vokalis utama, malah keempat-empat anggota Raihan iaitu Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim, Che Amran Idris dan anggota baru iaitu Zulfadhli Mustaza bergabung bersama-sama dalam paduan suara harmoni.

Sesuai dengan konsep acapella, Raihan membawa pendengar untuk menikmati kesegaran alunan selawat kepada Rasulullah SAW. Kehebatan vokal mereka terserlah dan tidak boleh disangkal kerana mereka telah membuktikannya dengan menggondol Vokal Terbaik Berkumpulan dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia untuk 6 tahun iaitu pada 1999 (Syukur), 2000 (Senyum), 2001 (Demi Masa) , 2002 (Gema Alam), 2005 (Allahu) dan 2007 (Tawakkal).

Antara track lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah:

1. Solawatul Murtadha
2. Solawatul Burdah

3. Ya Rasulallah Salamun 'Alaik

4. Solawatus Syafa'ah

5. Solawatul Mustafa

6. Assubhu Bada

7. Solawatul Fathilah

8. Thola'al Badru


GAMBAR-GAMBAR:
Klik untuk imej besar..!





















VIDEO KLIP:




TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video & photo copyright myartis 2008

No comments: