12 May 2009

SYIRIK - BUKAN FILEM BIASA..??

Meskipun tidak gah sebagaimana tayangan filem-filem lain, namun tayangan media filem Syirik di Finas, Ulu Klang (12 Mei 2009) membuat penonton jadi terkejut, bangga dan memuji keberanian M. Subash. Ini kerana, filem yang kelihatan seram itu rupa-rupanya menyelitkan satu kelainan yang amat jarang dilakukan oleh segelintir penerbit dan pengarah filem tempatan.

Malah kalau sekali imbas, mungkin ada yang mengatakan Genius Parade 'gila' kerana menerbitkan filem seperti itu yang tidak tentu untungnya. Penyelitan mesej bagi menyatukan kaum di Malaysia disamping menyerap nilai-nilai murni dikalangan generasi muda pastinya amat sukar difahami bagi mereka yang sudah terbiasa menonton filem komersil.

"Kejayaan sebuah filem dapat diukur dengan pelbagai cara. Ada yang melihat dari segi pungutan di pawagam, ada yang melihat dari segi bilangan anugerah yang diperoleh. Tetapi bagi pihak Genius Parade, kejayaan filem adalah lebih kepada pengaplikasian tenaga dan minda secukupnya dalam tempoh yang singkat tetapi mampu menghasilkan produk yang cukup berkualiti dan layak dijadikan bahan rujuk untuk golongan pencipta filem," ujar Subash.

Tambahnya, "Tempoh penggambaran yang panjang bukannya lesen untuk menghasilkan filem yang bermutu dan bermesej. Apa yang Genius Parade inginkan adalah penghasilan filem yang bermesej tinggi dan mampu menjaga budaya bangsa dan sekaligus mempertahankan nilai-nilai yang semakin haus ditelan zaman. Jangan lihat filem sebagai filem murah atau mahal, lihatlah filem sebagai media membangunkan martabat dan memupuk semangat kekitaan.

"Penerapan nilai agama dalam apa cara sekali pun adalah aktiviti yang diredhai oleh Tuhan. Jadi pihak Genius Parade merasakan bahawa jika niat intuk menghasilkan sesuatu filem adalah baik, maka jumlah hari bukan menjadi suatu isu. Yang penting penggemblengan tenaga pelbagai pihak jika diberi tumpuan sepenuhnya dan mengikut jadual yang ditetapkan, semua dapat dihabiskan secepat mungkin.

"Jika para pelakon juga diberi skrip awal dan diberi asuhan yang sempurna, semua yang ingin dicapai dapat dilaksanakan," ujarnya.

Syirik yang dijangka bakal ditayangkan pada Julai ini sebenarnya memerlukan pengertian mendalam untuk difahami. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?



Selepas cacat... kini Subash membawa watak wanita pula











..................................................................................................


EKSKLUSIF!
M. Subash dalam satu pertemuan dengan myartis telah mengakui memeluk Islam. Beliau kini adalah M. Subash Bin Abdullah. Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, katanya hatinya mula terbuka untuk menerima Islam ketika mendapat hidayah melalui mimpi yang membuat hatinya tidak tenang.

Selanjutnya, dia mendapat petunjuk daripada Allah SWT apabila membuat penggambaran filem Pencil. "Ketika itu saya kerap melihat satu cahaya terang daripada sebuah masjid. Entah bagaimana, saya jadi cinta pada agama Islam dan mendapat bimbingan daripada seorang Ustaz," katanya.

Sementara itu, Penerbit filem Pencil, Surenther juga secara terangan mengakui akan turut mengikut jejak langkah Subash tidak lama lagi. Dia bagaimanapun enggan menjelaskan perihal tersebut dengan lebih lanjut.

Dua sahabat... satu jiwa!

........................................................................................................



GAMBAR LAIN: KLIK UNTUK BELAKANG TABIR FILEM SYIRIK

ARKIB BERITA: SELEPAS PENSIL, KINI SYIRIK...

ARKIB VIDEO: Trailer filem Syirik


      (\__/)
      (='.'=)
      (")_(")
      Photo Copyright myartis 2009

    No comments: