26 February 2010

V3 SJ - FILEM REMPIT TERAKHIR?

Selepas mencipta kejayaan gemilang melalui Adnan Sempit dengan pungutan melebihi RM7 juta, Metrowealth (MIG) kini tampil dengan filem ke-34 berjudul V3: Samseng Jalanan. Berbeza dengan REMP-IT yang dihasilkan pada tahun 2006, V3: Samseng Jalanan menampilkan sebuah filem dengan mengetengahkan mood lebih advance sesuai dengan perbezaan beberapa tahun ini.


Barisan pelakon V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

Apa yang pasti, filem ini kemungkinan merupakan filem Rempit terakhir memandangkan ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan penggunaan judul 'remp-it' atau judul yang sama dengannya. Atas alasan itu, maka lahirlah judul 'V3: Samseng Jalanan' yang disifatkan oleh Penerbitnya, David Teo sebagai judul yang lebih 'panas' dan bakal menimbulkan minat 100 juta penonton dalam dan luar negara.


Barisan pelakon V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

"Ini tidak mustahil," ujar David dalam ucapan aluan ketika tayangan pratonton filem tersebut di Mutiara Damansara. Tambahnya, 100 juta penonton boleh dicapai sekiranya filem yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan diminati ramai.

FilemV3: Samseng Jalanan ini diarahkan oleh pengarah baru dalam Skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan MIG iaitu Farid Kamil. Keyakinan penerbit meletakkan tanggungjawab berat ini kepada Farid Kamil setelah melihat beliau sudah bersedia melakukannya. Kecenderungan Farid Kamil tehadap konsep aksi sebegini dianggap mampu memberi satu kelainan terhadap look filem ini.


Barisan pelakon V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

Filem yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta termasuk promosi telah menjalani pengambaran di sekitar negeri Kedah dan Lembah Kelang. Bagi melengkapkan kepuasan para penonton, dan ia dilengkapi sistem bunyi Dolby Digital Surround EX.

Farid Kamil menggalas tanggungjawab lebih besar apabila diberi peranan sebagai hero disamping pelakon-pelakon lain. Antara pelakon yang turut menjayakan filem ini adalah Bront Palarae, hIntan Ladyana, Lisa Surihani, Radhi OAG, Cat Farish, dan Corrie Lee di samping pelakon-pelakon senior seperti Norlia Ghani, Wan Nor Azlin, Shaharuddin Thamby, Mr. Os, Kamarool Hj. Yusoff dan ramai lagi.

Filem ini dikatakan cuba menyelam dunia remaja kini yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang kian hari kian membimbangkan. Dikhuatiri jika tidak dibendung secara serius ia akan memusnahkan golongan pelapis yang akan menerajui Negara suatu hari nanti. Disampaikan menerusi genre aksi dilihat lebih mudah diterima oleh golongan sebegini.

V3: Samseng Jalanan bakal menggegarkan pawagam seluruh Negara bermula 11 Mac ini dan diharapkan mampu mengulangi kejayaan Remp-it dan filem-filem MIG sebelum ini.

Filem lain yang bakal menemui para penonton adalah Semerah Cinta Stilleto (arahan Ahmad Idham) pada 8 April, Zoo (Azhari Zain) pada 17 Jun, Mantra (Azhari Zain), Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (Ahmad Idham), Senarlo Asam Garam (Hatta And Khan), Aku Masih Dara serta Cuti-Cuti Cinta (Ahmad Idham) dan Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim. Manakala Damping Malam arahan Ahmad Idham kini sedang rancak menjalani pengambaran di sekitar Lembah Kelang.


Postern V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

SINOPSIS:

Filem ini memaparkan kisah RUDY dan sahabatnya BRETT yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila kawan mereka SHAH dan LIZA yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan semasa pulang dari menonton wayang. Lebih memburukkan keadaan, di tangan SHAH terdapat dadah yang baru diambil. Untuk menyelesaikan kes tersebut, RUDY, BRETT dan rakannya menjadi buruan polls. RUDY dan BRETT mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, RUDY berazam mengubah kehidupannya menjadi `manusia'. Brett yang ingin membantu telah menemukan RUDY dengan LAN RIBUT lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh seorang Along yang bernama WAN BLOST, taikoon pertaruhan haram.

Di dalam satu pertaruhan yang diaturkan. RUDY telah tewas kerana GARING 'main kotor' dan membuatnya berhutang RMI0,000 dengan SAM SENG dan tercedera. RUDY telah berkenalan dengan LISA, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara RUDY sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

GARING masih mencari RUDY untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi pertaruhan maut kerana populariti yang diraih RUDY di laman web apabila semua rakaman pertaruhan yang disertai RUDY dipaparkan. RUDY berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi GARING sentiasa mencari jalan untuk membuatkan RUDY setuju. Sehingga GARING telah menculik LISA dan mengugut untuk merogolnya jika RUDY masih enggan bertaruh. Setelah didesak, RUDY bersetuju.

Di hari pertaruhan, Rudy berjaya mengalahkan Garing menyebabkan Garing tidak puas hati dan mengugut Rudy untuk merampas Lisa. Rudy terus mengejar Garing dan membelasah Garing dalam satu pergaduhan.













BERPULUH GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

No comments: