23 June 2010

KONSERT ELLA DI IB - 1 & 2 JULAI


Ella persiap diri untuk tampil kelainan bersama 80 pemuzik menjelang konsert





Setelah konsert terakhir di Esplanade, Singapura pada 2007, Ella kini bersedia beraksi di pentas prestij Istana Budaya (IB), sebuah konsert berskala besar sempena ulang tahun ke-25 pemegang gelaran ratu rock negara dalam industri hiburan tanah air. Bagi Ella, konsert ini adalah suatu penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya sejak 1985 lagi sewaktu bersama The Boys.

Melengkapkan repertoire persembahan, Ella bakal menyanyikan 25 buah lagu sepanjang dua jam selama dua malam konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Canon. Selain lagu hits seperti Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Sembilu, Permata Pemotong Permata, Layar Impian, Kitalah Bintang, Dua Insan Bercinta, Simbiosis dan Rama-Rama, konsert Ella kali ini akan menonjolkan elemen muzik tradisional apabila penyanyi yang dilabel sebagai ikon muzik genre rock wanita ini bakal tampil dengan lagu-lagu irama tradisional seperti Ulik Mayang, Jauh Di Mata dan sebuah lagu duet Budi Setahun Segunung Intan, julung kali berkolaborasi bersama Datuk Ahmad Jais.

Selain diiringi barisan pemuzik profesional Orkestra Simfoni Kebangsaan dan The Love Beggars, persembahan Ella dalam konsert ini turut dimantapkan dengan petikan gitar daripada Joe Wings dan paduan suara Awie untuk 2 buah lagu, iaitu Baldu Biru dan lagu baru yang akan dimuatkan dalam album baru Ella, berjudul Mana Menghilang. Sebuah lagi lagu baru, iaitu Engkau, Aku dan Mereka akan turut dinyanyikan pertama kali di hadapan khalayak penonton konsert yang bakal melengkapkan profil Ella dalam kerjaya seninya.

Memandangkan konsert ini dijangka mendapat sambutan, JKKN menasihatkan penonton agar membeli tiket lebih awal dari tarikh persembahan untuk mengelakkan fenomena kehabisan tiket di saat-saat akhir. JKKN turut memaklumkan bahawa persembahan ini tidak akan dilanjutkan.

Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250 boleh dibeli terus di kaunter Box Office, Istana Budaya. Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang www.ticket2u.biz. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-4149 8600 dan 03-4026 5558 (waktu pejabat: 9 pagi – 6 petang), atau layari www.klfestival.org.my.

Maklumat Tambahan:

Masa Persembahan : 8.30 Malam
Had Umur Penonton : Kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak dibenarkan.
Etika Pakaian : Kemas (Jeans dibenarkan, tetapi tidak koyak)
T-shirt berkolar bulat, topi, selipar dan sandal tidak dibenarkan.
Sekiranya t-shirt berkolar bulat, pastikan mengenakan jaket.


MORE ELLA PHOTOS: CLICK HERE...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

No comments: