"Anak seni memang pandai dalam semua hal, lebih-lebih lagi tiga rasa ini dijadikan satu momentum untuk berjaya dalam hidupnya," ujar seorang forumer.
"Rasanya subang tersebut hanya subang kelip sahaja dan bukan dibuat lubang kekal sebagaimana yang kita fikirkan," ujar segelintir peminat pula.
Bagaimanapun, bagi Farid, dia merasa perbuatannya itu bukan merendahkan hukum atau mahu menunjuk-nunjuk. Dia sebaliknya sekadar mahu menjayakan majlis pelancaran drama bersiri baru-baru ini.
"Saya memakai subang di kedua-dua belah telinga untuk menjayakan pelancaran drama bersiri Lagenda Budak Setan pada malam itu sahaja," dakwa Farid Kamil ketika diajukan soalan oleh wartawan.
Namun dalam hal ini, pelakon seharusnya ada garis batasan dalam menghayati watak atau berpakaian agar mereka tidak terus bergelumang fitnah. Kerana hukum tetap hukum dan yang haram tidak boleh dihalalkan meskipun untuk sekadar bergaya, gurauan atau lakonan.


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010
No comments:
Post a Comment