Meskipun memenangi kejuaraan Maharaja Lawak musim pertama, namun kumpulan Sepah yang sebelum ini sememangnya 'retak menanti belah' akhirnya tidak mampu untuk bertahan. Sepah kini hanya tinggal kenangan apabila kumpulan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak sehaluan lagi.
"Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan," ujar Jepp dipetik sebagai berkata.
"Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini," jelas Shuib pula.
BACA KISAH SEBELUMNYA...
No comments:
Post a Comment