17 September 2011

FELIX AF3 KAHWIN GADIS SUMANDAK

Gadis sumandak telah berjaya memikat hati Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Felix Agus sekaligus membawa kegerbang perkahwinan hari ini.

Felix, 29, dan Lydia Larius Gijoh, 26, telah disatukan di sebuah gereja sementara majlis resepsi mereka pula berlangsung di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah.

"Saya akui gadis penari Lembaga Kebudayaan Sabah dari Penampang itu berjaya membuka hati saya sebaik pertama kali bertentang mata.

“Saya melihatnya (Lydia) pertama kali ketika membuat persembahan di Dewan Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) pada awal 2006, namun masa itu tidak wujud bibit cinta lagi kerana masing-masing malu bertegur sapa.

“Namun, sebaik Lydia melintas di depan mata, hati berkata, ‘wah cantiknya sumandak ini dan saya mahu berkenalan dengannya’,” katanya dipetik sebagai berkata.

"seperti sudah ditakdirkan, sebaik menyatakan salam pertama, Lydia juga menyambutnya dengan hati terbuka.

“Agak lucu juga apabila Lydia juga mempunyai niat sama lalu meminta nombor telefon saya daripada rakannya.

“Bermula dari situ, kami berbalas SMS dengan bertanya khabar dan bertukar cerita hingga terbit rasa cinta,” ujarnya.


Klik untuk imej besar...


Photo: David Araimaitii


No comments: