27 September 2011

OPEN HOUSE AZWAN ALI LEPAS RAYA..!


Ramai yang rasa pelik apabila Azwan Ali didakwa mahu membuat rumah terbuka (open house) selepas Syawal iaitu 3 Oktober ini. Pelbagai perkara diungkit terutama apabila Azwan baru sahaja pulang dari umrah dengan dakwaan perangai lamanya masih tak berkurang.

Namun mungkin segelintir daripada kita terlepas pandang bahawa rumah terbuka sebenarnya boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tak kira lepas raya. Ia sebenarnya mengikut kemampuan dan kesesuaian masa kita, bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk atau nak mempamerkan rumah besar.

Mungkinkah Azmin Ali turut dijemput nanti? Klik untuk imej besar...


Difahamkan, rumah terbuka Azwan yang diberi nama 'Sudi Sudi Aidilfitri Azwan Ali' itu bakal menjemput ramai artis dan pihak media yang selama ini banyak menyokong kariernya. Azwan juga dikatakan turut mengundang beberapa individu yang pernah menjadi musuh ketatnya sambil mengadakan majlis doa kesyukuran.

Untuk info, rumah Azwan terletak di alamat No 11A, Jalan Andaman 5, Taman Andaman Ukay, Ukay Perdana, Kuala Lumpur. Majlis hanya akan bermula pada jam 6 petang hingga malam dengan segala hidangan akan dimasak sendiri oleh Azwan.

Syabas diucapkan buat Azwan kerana tidak hipokrit dan menjadi dirinya sendiri. Kepada peminat-peminat Azwan, ayuh kita serbu rumah pengacara sensasi ini sambil bawa bekas kosong untuk 'tapau' banyak-banyak..!!

No comments: