29 October 2011

AARON AZIZ PUJI WAJAH UMIE AIDA 'FLAWLEES'


Kalau dah menjadi 'public figure', semua yang mereka lakukan pasti akan mendapat perhatian ramai. Begitu jugalah halnya dengan Datin Paduka Umie Aida. Bukan setakat kariernya sahaja yang diambil perhatian, malah wajahnya juga menjadi bualan ramai.

Antara yang memuji wajah Umie ialah Aaron Aziz yang menyifatkan wajah Umie sebagai 'flawless' atau lebih kurang maksudnya 'sempurna'.

"Memang flawless kulit Umie aida ni kan?" Ujar Aaron berkongsi pendapat dengan peminatnya di laman facebook.

Namun begitu, bukan semuanya mempunyai pendapat yang sama dengan Aaron, ada juga suara-suara nakal yang mendakwa wajah Umie 'bukan asli' lagi. Dakwa mereka ia kemungkinan wajah 'cucuk' sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir artis lain.

Benarkah begitu? Jawapannya Allahu a'lam... apa-apa hal jom kita tengok gambar terkini Umie yang sedang membuat persediaan berlakon dalam teater Badai Semalam. Teater tersebut bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 11 hingga 20 November 2011.

Komen peminat - klik untuk imej besar...




Wajah terkini Umie - flawless kata Aaron!




No comments: