28 October 2011

SAH AMY WINEHOUSE MATI KERANA ALKOHOL


Alkohol adalah penyebab kepada kematian penyanyi jazz popular, Amy winehouse... bukan dadah sebagaimana yang dihebohkan sebelum ini. Ia diketengahkan oleh Koroner Inkues Suzanne Greenway dan memberitahu kematian Amy disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan yang menyebabkan keracunan.

Ujian bedah siasat sebelum ini menemui jalan buntu disebabkan kematiannya tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dadah ditemui dalam sistemnya. Namun siasatan terperinci kemudiannya telah mendapati Amy mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti banyak hingga melebihi limit yang boleh ditampung oleh sistem seseorang.

Amy ditemui mati di kediamannya di utara London Pada 23 Julai lalu. Awalnya pihak polis menyifatkan kematian Amy sebagai kematian mengejut.




No comments: