25 October 2011

GAMBAR TERKINI ANAK KEMBAR MARIAH CAREY


Bertuah sungguh! Sudahlah popular dan kaya raya, kini dapat pula anak kembar dua.

Begitulah nasib Diva terkenal, Mariah Carey yang memperkenalkan dua anak kembarnya secara rasmi melalui sebuah laman web khas. Anak mereka yang comel itu telah diberi nama Monroe dan Moroccan.

Menurut Mariah dan suaminya Nick Cannon, mereka telah berbincang sejak sekian lama untuk mendedahkan gambar anak mereka itu.

"Kami tidak mahu menggunakan cara biasa iaitu dengan memaparkan gambar mereka dalam akhbar tabloid walaupun cara itu tidak salah tetapi kami memilih cara yang lebih dekat dengan peminat-peminat kami," kata Nick dipetik sebagai berkata.



Sebelum ini, Monroe dan Moroccan telah membuat kemunculan pertama dalam satu temu bual eksklusif bersama Barbara Walters untuk program bual bicaranya 20/20.

Mariah memanggil kedua-duanya dengan panggilan manja, Roc (Moroccan) dan Roe (Monroe). Menurut penyanyi itu lagi, kehadiran pasangan kembar tersebut telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Klik untuk imej besar...





No comments: