25 October 2011

NASI LEMAK 2.0 CATAT KUTIPAN RM7 JUTA


Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, filem Nasi Lemak 2.0 masih berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta mengalahkan saingannya seperti Libas dan Klip 3GP.

Kutipan tersebut adalah berdasarkan tayangan di beberapa pawagam sejak 8 September lalu.

Menurut pengarah dan pelakonnya Namawee, dia tidak menyangka sama sekali filem tersebut berjaya mengutip sebanyak itu.

"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia.

Klik untuk imej besar...


"Walaupun mendapat pelbagai kritikan negatif daripada pelbagai pihak, namun sokongan dan maklum balas positif daripada penonton cukup baik," ujarnya dipetik sebagai berkata pada majlis meraikan kejayaan filem itu semalam.

"Filem terbitan dengan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media itu telah ditayangkan di 71 buah pawagam di seluruh negara dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut.

"Ia bukan sahaja mendapat kutipan sebanyak RM7 juta malah menduduki tempat kelapan secara keseluruhan sebagai filem dengan kutipan pawagam tempatan tertinggi dalam sejarah.

"Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh masyarakat Cina, bahkan kaum-kaum lain di negara ini turut keluar memberi sokongan," ujar penerbit filem berkenaan, Fred Chong.

Tambah Fred, mereka gembira apabila Nasi Lemak 2.0 telah dipilih sebagai filem tayangan rasmi untuk pesta filem termashyur, Taipei Golden Horse Film Festival 2011.

"Ia sesuatu jarang berlaku bagi sesebuah filem dari Malaysia. Saya tidak menyangka orang dari luar negara dapat memahami gaya dan jalan ceritanya," tambahnya.

No comments: