01 October 2011

SAM BUNKFACE BAKAL BERBOGEL DALAM ANAK IKAN??


Satu lagi filem, satu lagi kontroversi untuk Raja Azmi Raja Sulaiman.

Jika sebelumnya beliau dilanda pelbagai kontroversi apabila menerbitkan filem komersial gay pertama di Malaysia berjudul Dalam Botol... terkini, beliau sibuk pula dengan projek terkini 'Anak Ikan'.

Bagaimanapun, Raja Azmi menafikan bahawa Anak Ikan adalah filem susulan kepada Dalam Botol yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir masyarakat.

"Tidak, ia bukan sebuah filem gay," katanya dipetik sebagai berkata.

"Ia sebenarnya sebuah filem persahabatan," tambahnya.




Jelas Raja Azmi, Anak Ikan berkisar pada persahabatan antara lelaki muda dan wanita yang lebih berusia.

"Buku asal mempunyai tema gay. Tetapi saya telah meminta penulis skrip Ajami Hashim untuk membaikinya bagi penyesuaian skrin. Lelaki muda (anak ikan) akan mempunyai hubungan dengan wanita yang lebih tua," ceritanya.

Namun begitu, apa yang lebih hangat mengenai filem Anak Ikan ialah babak bogel yang kemungkinan melibatkan Sam Bunkface.

"Ikan itu akan berbogel di dalam tab mandi apabila dia bertukar menjadi seorang lelaki," katanya ketawa. "Ia bukan skrip saya. tapi skrip Ajami," tambahnya yang menyatakan filem tersebut bakal diarahkan Mohd Shadan Hashim.

"Kami belum putuskan pelakon utamanya lagi. Tetapi saya sangat gembira jika mendapat Sam Bunkface berlakon dalam filem ini. Kami merancang untuk memulakan penggambaran pada Januari tahun depan," kata Raja Azmi penuh yakin.

No comments: