16 November 2011

'SEMBELIH JA BAGI MATI' - ABBY ABADI


Setelah dihentam teruk oleh Joyah and the geng sebagai meroyan, berperangai pelik, minta simpati, membebel, 'janda terdesak' yang gilakan publisiti dan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati... akhirnya Abby bangkit mempertahankan 'maruahnya'.

Meskipun nada tulisan Abby dalam facebooknya nampak agak terdesak, kecewa dan putus harapan, namun Abby sebenarnya masih mampu bersabar demi anak-anaknya. Diharap perkataan 'sembelih ja bagi mati' yang turut dicatitnya dalam FB tersebut hanya sekadar luahan semata-mata bukan satu realiti.

Berikut disiarkan luahan terbaru Abby yang dakwanya terpaksa melawan balik demi 'kebenaran'. Tulisan tersebut sudah myartis betulkan ayatnya untuk memudahkan anda semua membacanya... tapi jika mahu ayat yang asli, anda boleh klik imej yang kami capture.

Abby lepas geram - klik untuk imej besar...



"Maafkan Saya yer sebab terpaksa create album untuk publish sms-sms ini. Saya tak suka keadaan ni, Saya tak suka nak bergaduh dengan siapa-siapa pun, tapi Saya terpaksa lawan sebab apa yang keluar sangat-sangat menghina 'maruah' Saya. Saya cuma inginkan keadilan untuk diri Saya.

"Harap semua faham.... Saya ada tiga orang anak-anak yang masih kecil untuk di sara. Kalau cerita begini yang keluar, yang sedikit sebanyak boleh buat orang membenci Saya kerana hal-hal macam ni, mereka semua tu nak Saya jadi apa? Nak Saya cari rezeki dengan cara apa?

"Saya takda siapa-siapa pun sekarang ni yang sanggup susah senang dengan Saya... Kalau tak boleh nak tolong Saya pun, janganlah menyusahkan lagi... Kalau tak suka sangat, sembelih ja bagi mati... habis cerita," ujar Abby Abadi dalam facebook miliknya merujuk artikel gosip Joyah and the geng yang memburukkan reputasinya.

Gambar wartawan yang didedahkannya dan
disiarkan oleh beberapa blogger semalam...


"Ini sms-sms dari Amira (wartawan yg interview Saya tentang cerita yang keluar dalam Pancanindera dua minggu lepas, dan seminggu lepas tu memburukkan Saya pulak dalam ruangan Joyah). (tapi saya tak pasti sama ada dia yang menulis ataupun orang lain... tapi yang tahu cerita dia sahajalah... yang interviewpun dia, dan yang rekordkan pun dia..) Saya mula-mula ingat nak tulis balik, tapi alaaahh.. penatlah! huhu.. macam ni lebih mudah, telus, jujur, ikhlas, suci & segar! hehe.. tak PROPAAAAAA hokek? :P:P:P Sms ni dari mula Saya berurusan dengan dia, sampai lah tersiarnya semua cerita tu... Baca dan nilaikan sendiri... Saya tak marah tau! Saya sedihhh sangat sebab Saya tak tahu apa salah Saya smpai nak diaibkan macam tu sekali... huhu... TQ sebab memahami... Saya cuma nakkan keadilan," dedah Abby dengan nada sedih.

Salah satu sms yang dimaksudkan Abby...


Klik untuk baca semua sms yang dikatakan oleh Abby...

Kesimpulannya daripada luahan Abby ini, wartawan memang mempunyai tugas masing-masing untuk melaporkan perihal artis kepada peminat... namun biarlah ia beretika dan bukan bertujuan melepaskan rasa kecewa yang melampau atau 'baling batu sembunyi tangan'. Lagipun, akhbar tempat mereka bertugas itu bukanlah 'akhbar mereka sendiri' untuk mengetengahkan perihal peribadi yang hanya membosankan pembaca!

Ayat sebenar di FB Abby - klik untuk membaca...


BERITA MYARTIS TENTANG ABBY SEBELUM INI:
ABBY ABADI VS JOYAH & THE GENG

No comments: