22 December 2011

22 DISEMBER - ULANG TAHUN DIN BERAMBOI


Hari ini (22 Disember) merupakan hari lahir pelawak popular Allahyarham Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Meskipun beliau sudah tiada sejak 2 April 2010, namun kenangan dan lawak yang membuat kita semua ketawa riang tetap segar dalam ingatan.

Antara yang paling terasa ketiadaan Din Beramboi ialah Aznil Haji Nawawi yang sering berpasangan bersama dalam Riuh Pagi Era. Tanpa Din, keceriaan pagi di radio berkenaan nampaknya kian sepi tanpa usik mengusik yang meriuhkan suasana.




Luahan Aznil - klik untuk baca...



Berikut adalah kata-kata peninggalan arwah sebelum beliau meninggal dunia:
"Sesapa nak ganti aku tahun depan… Dah tak larat lagi nak buat kelakar sebab nak berumur. Nak beribadah pulak rasanya…"

"Tanda-tanda ajal mula-mula bahagian kaki berasa kebas-kebas kemudian beransur-ansur ke bahagian atas hingga ke nafas dan keluar selamanya… Aku insaf!!!"

"Saya rasa kini saya boleh berbangga dengan konsep lawak jenaka yang saya ketengahkan. Esok atau lusa kalau saya sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini. Saya akan teruskan karier saya ini selagi ada umur dan kesihatan yang baik. Ini kerana, urusan esok, lusa dan hari hari seterusnya adalah perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu."

Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi!


JOM LIHAT GAMBAR-GAMBAR NOSTALGIA DIN BERAMBOI
...... KLIK DI SINI ......


No comments: