22 December 2011

AYU RAUDHAH KEMPUNAN BULAN MADU


Perkahwinan Ayu Raudhah, 26, dan Mohd Zaquan Adha, 23, sudah menjangkau hampir setahun. Namun yang membuat Ayu kempunan ialah bilamana mereka berdua masih belum sempat untuk berbulan madu disebabkan terlalu sibuk dengan urusan tugas.

“Memang sampai sekarang Ayu dan suami tidak sempat berbulan madu. Bukan tidak mahu, tetapi masa tidak mengizinkan. Sebaik sahaja majlis persandingan di kedua-dua belah pihak tempoh hari, Ayu dan Zaquan sudah terikat dengan komitmen kerja. Jadi, kami terpaksa lupakan tentang bulan madu buat seketika.





"Bagaimanapun, Ramadan baru-baru ini Ayu dan suami sempat menunaikan Umrah bersama. Rasanya kunjungan ke Tanah Suci itu lebih bermakna. Tak mengapalah tak dapat bulan madu pun, Ayu anggap hari-hari yang kami lalui bersama ketika ini adalah bulan madu. Ayu sangat-sangat bahagia dengan suami, “ ujar Ayu dipetik sebagai berkata.

Untuk pengetahuan semua, Ayu yang kegugugran Oktober lalu kini semakin pulih dan tiada sebarang masalah kesihatan lain. Bagaimanapun, beliau masih perlu rehat yang cukup meskipun kadangkala jadual penggambarannya agak terlalu ketat.

“Selepas keguguran hari itu, Ayu tidak punya masalah kesihatan yang lain. Cuma tidak mendapat rehat yang cukup sebab sibuk sangat. Buat masa ini doktor masih tidak benarkan Ayu hamil lagi. Kena tunggu selepas tiga bulan. Memang Ayu dan Zaquan tidak merancang untuk dapatkan anak, tapi buat masa ini Ayu perlu dengar nasihat doktor. Selepas tempoh tiga bulan ini berakhir, tak kisahlah kalau hamil pun,” ujar Ayu menutup bicara.

No comments: