03 December 2011

LUAHAN DUA HATI DILANDA 'KONTROVERSI'


Shida Harmi yang kini 'hot' dengan kontroversi penyebaran gambar-gambar hangat bersama Khairul Fahmi beberapa hari lalu akhirnya menjelaskan bahawa sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Oleh yang demikian, tidak relevan jika gambar tersebut terus dijadikan modal oleh segelintir pihak untuk menghentam dan menfitnahnya.

"Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan," dakwanya dipetik sebagai berkata.

Gambar yang mencetuskan kontroversi...




Menurut Shida, penyebaran fitnah itu kemungkinan angkara orang ketiga yang mungkin mahu menangguk diair keruh..

"Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita.

Shida Harmi - nak kahwin...


"Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact," ujarnya lagi.

Sementara itu bagi Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pula, hidupnya kini makin tertekan gara-gara gosip tersebut. Berikutan itu, jika diikutkan rasa... dia terfikir yang kemungkinan mahu bersara awal bagi mengelakkan semua kontroversi yang melanda.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal. Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas).

“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek dipetik sebagai berkata.

Nampaknya itulah harga yang harus dibayar sebagai seorang artis atau selebriti apabila sudah popular. Yang membuat segelintir mereka terus bertahan adalah kerana ketabahan hati dan rasa cintakan negara yang tidak berbelah bagi.

No comments: