28 January 2011

ARTIS BARU AQUILA EMAS..

KUALA LUMPUR: Agensi pengurusan artis serta perunding pembangunan dan pemasaran bakat Aquila Emas telah mengadakan majlis memperkenalkan artis-artis dibawah naungannya untuk sesi 2011 yang diadakan di Bangkok Connexion, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mereka adalah Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Zed Zaidi, Zizan Nin dan yang terkini adalah Qimi Bakri.

Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa beliau amat berpuas hati dengan pencapaian peribadi setiap artisnya sepanjang tahun 2010.

“Artis Aquila Emas telah melangkah ke satu peringkat yang lebih baik dimana pelakon terkenal seperti Ainul Aishah kini boleh menulis lirik dan menjadi komposer melalui dua single yang dilancarkannya pada tahun lalu, manakala Tony Eusoff pula sedang giat menjalani latihan teater muzikal ‘Terima Kasih Cinta’ yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2011. Ini menunjukkan perubahan positif terhadap kerjaya mereka yang selama ini hanya tertumpu pada bidang lakonan sahaja.”

“Manakala artis Aquila Emas yang lain seperti Zed Zaidi telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka francais Papa Rich di Heritage Row, pelakon dan pengacara Zizan Nin juga telah melangkah ke dunia teater dan kembali ke layar perak, manakala Diana Johor pula telah menerbitkan drama untuk siaran TV3” menurutnya lagi.

“Bagi tahun 2011, artis Amar Delon telah diberi kepercayaan oleh pihak Tall Order Production untuk mengarah, menulis skrip dan berlakon untuk drama rantaian RTM akan datang. Beliau juga terlibat dalam penggambaran filem ‘Chow Kit’ terbitan Primeworks Studios yang turut melibatkan artis Aquila Emas yang lain seperti Airis Yasmin, Lana Nodin dan Yasmin Hani” katanya lagi.

Aquila Emas juga mempunyai agenda tersendiri untuk tahun 2011. Dengan berbekalkan pengalaman menguruskan artis semenjak beberapa tahun lalu, Aquila Emas ingin bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan bagi memupuk nilai-nilai positif di kalangan masyarakat. Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dianjurkan dan disertainya adalah Kempen Menderma Darah 1 Komuniti Ke 1 Komuniti serta kempen 10,000 Expression of Green KL baru – baru ini.

Menurut Tony Eusoff, beliau amat berpuas hati dengan pengurusan Aquila Emas yang banyak membantu serta memberi khidmat nasihat dalam karier seninya. Manakala bagi pelakon Zizan Nin yang merupakan artis terawal menyertai Aquila Emas berkata beliau sangat menghargai pengurusan Aquila Emas yang telah memantau perkembangan kerjayanya sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Ainul Aishah serta Zed Zaidi turut bersetuju agar lebih ramai artis menyertai Aquila Emas untuk pengurusan kerjaya seni yang lebih professional dan berwawasan.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah rakan media, ahli Celeb Nexus, rakan media sosial Facebook dan Twitter serta rakan penaja. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis Aquila Emas.


Klik untuk imej besar...


Dari kiri : Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa, Tony Eusoff, Hafidzuddin Fazil, Amar Delon, Airis Yasmin, Hafiz Halim, Zizan Nin dan Qimi Bakri.


Dari kiri : Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa, Amar Delon, Hafiz Halim, Airis Yasmin, Hafidzuddin Fazil, Zizan Nin, Qimi Bakri dan Tony Eusoff


Dari kiri : Encik Azman Idris, CEO Yayasan Muamalat Belia dan En Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas bersalaman memnandakan YMB menjadi 'Rakan Komuniti' untuk Celeb Nexus Premium Community.

Berita ini disediakan oleh:
Siti Shahidah, Brand Communication Exec aquila emas sdn bhd


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

NOH TUNAI UMRAH...

Meskipun sibuk untuk rancangan Mentor musim kelima, Noh Hujan masih sempat menjalani ibadat Umrah. Tunang kepada Mizz Nina itu berada di Tanah Suci kira-kira seminggu dan tiba di KLIA pada hari uji bakat mencari protegenya 22 Januari lalu di Sri Pentas.

Dengan hanya memakai baju Melayu dan berkopiah tanpa sempat menukar pakaian, Noh bergegas sebaik tiba ke lapangan terbang menuju lokasi uji bakat. Alhamdulillah... Moga Noh akan terus bijak membahagikan masa antara bidang seni dan suruhan agama.



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

25 January 2011

KEKASIH MAMAT SEPAH..??

Khabar angin bertiup kencang mengatakan gadis ini adalah kekasih Mamat ahli kumpulan Sepah.. Menurut sumber, kekasih Mamat ni bernama Nur Syuhada, adik kepada guitarist kumpulan Kristal (Rodi) dan sedang menuntut di ASWARA.

Jika benarlah bagai didakwa, wah... beruntung sungguh Mamat ni. Mana taknya... baru setahun jagung dalam industri seni, sudah meraih pelbagai kejayaan termasuk mempunyai kekasih cun. Harapan kita, semoga hubungan tersebut berkekalan hendaknya dan bukan sekadar omong kosong atau 'melepaskan batuk di tangga'!












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

10 January 2011

ANITH KELENTONG PEMINAT??

Dicanang dalam sebuah majalah hiburan, dia mendakwa masih belum berpunya dan tiada teman lelaki. Tetapi melalui beberapa keping gambar yang kami diterima melalui email... lain pula ceritanya. Dalam hal ini, siapa 'kencing' siapa? Majalah atau artis itu sendiri?? Allahualam...


Klik untuk imej besar...








(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011