16 January 2012

PEMINAT RANDID PANGALILA 'KUTUK' ELFIRA


Gara-gara gandingan bersama pelakon popular Indonesia, Randid Pangalila dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang... pelakon Elfira Loy, 17, dihentam teruk menerusi laman sosial. Dalam banyak-banyak komen, ada yang menyifatkan Elfira tidak layak menjadi heroin kepada Randid lantaran dia tidak secantik pelakon sinetron Indonesia.

Malah ada juga berpendapat adegan romantik dalam drama itu yang menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadap Elfira.





Bagaimanapun, Elfira yang diajukan soalan mengenai perkembangan tersebut tidak melenting, sebaliknya telah menjangkakan ia akan berlaku. Kata Elfira, dia sedar Randid adalah pelakon popular dan mempunyai ramai peminat sama ada di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun di Indonesia.

"Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.

"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami.

"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Menurut Elfira lagi, komen dan perhatian yang diberikan oleh peminat Randid terhadapnya bagaikan isyarat bahawa kehadirannya sebagai pelakon telah disedari oleh masyarakat.

No comments: