16 January 2012

HARI PERTAMA BELLA DI PLAYSCHOOL


Hari ini adalah hari pertama Bella, anak kepada Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina masuk ke nurseri / playschool. Antara sebab utama Bella di masukkan ke situ ialah untuk Bella bersosial, belajar sesuatu dan melihat lebih ramai orang.

Menurut Dr Halina, keputusan untuk menghantar Bella ke nurseri / playschool adalah keputusan bersama bagi mengajar Bella berdikari. Ini kerana Bella tidak tidur pada siang hari tetapi sebaliknya akan bermain hampir 6 jam lamanya sebelum tidur jam 3.00 petang!

Klik untuk imej besar...






"Alhamdullillah.. I survived Bella's first day at school! (Yes, mommy yg emo!!) She's doing great and having fun with her new friends :) Can't wait to pick her up later in the afternoon," ujar Dr Halina bersemangat di hari pertama.

"Hari ini adalah hari pertama Bella sekolah! Kami memutuskan untuk memulakannya lebih awal pada usia 6 bulan dengan harapan bahawa dia boleh berinteraksi dengan anak-anak lain dan pada masa yang sama merangsang otaknya," kata Dr Muszaphar pula dengan nada ceria.

Syabar diucapkan buat mereka kerana sudah membuat perancangan masa depan untuk Bella meskipun anak mereka itu masih kecil. Moga minda Bella akan lebih terangsang dan berkembang bijak sebagaimana bapanya yang berjaya menempa nama di persada dunia.



No comments: