16 January 2012

INIKAH 'WARTAWAN TERPILIH' FASHA SANDHA?


Masihkah anda ingat apa kata Fasha Sandha tentang gosip kahwin di Thailand yang di paparkan oleh media? Selain menafikan gosip tersebut, Fasha juga menyatakan akan hanya menjemput enam rakan media yang benar rapat dengannya sahaja ke majlis pengumuman perkahwinannya nanti.

"Saya akan memilih hanya enam wakil media yang rapat untuk mengumumkan hari bahagia itu," ujar Fasha tanpa menamakan siapakah media 'manja' kesayangannya itu.

Bagaimanapun,  jika anda ingin melihat wartawan paling rapat yang dikatakan oleh Fasha itu, mungkin inilah orangnya yang bersama-sama ikut trip ke Bandung, Indonesia. Ini kerana, rakan yang dimaksudkan oleh Fasha itu mungkin rakan yang tidak suka menulis 'keburukan' depan mata tetapi hanya menulis yang baik-baik sahaja tentang dirinya.

Fasha bersama wartawan paling rapat
ketika Bandung & Jakarta trip Indonesia...
Klik untuk imej besar...






Bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak... atau lebih tepatnya sikap pilih kasih segelintir wartawan yang kadangkala berpihak pada artis kesayangannya sahaja membuat dunia seni jadi kurang manis. Meskipun artis tersebut ada kalanya membuat silap, ia hanya dipandang sebelah mata tanpa memberi komen atau pemberitaan yang wajar buat pedoman semua.

Kesimpulannya, niat Fasha untuk hanya menjemput 6 rakan baik dikalangan wartawan terpilih merupakan langkah kurang bijak yang agak dangkal. Kerana walau sejauh mana kejayaan atau kekayaan kita, ia tidak akan mampu menandingi 'setitik' nilai murni insan miskin yang mengenang budi..!

Kerana bagi Fasha, mungkin dia merasa ramai media yang mahu membuat liputan majlis pengumumannya itu nanti. Namun sedarkah Fasha yang ada juga segelintir media yang tak ingin datang walaupun dijemput? Bak kata Chef Wan..."Ada aku kesah"..!!

No comments: