17 January 2012

SYARIF PERNAH PANGGIL AMANDA 'SWEETHEART'


Hati siapa tidak remuk apabila kekasih hati yang dipercayai selama ini tiba-tiba mungkir janji dan kemudian bertunang dengan orang lain? Lebih pedih apabila dia dituduh sebagai perampas yang mahu menghancurkan kebahagiaan orang lain... sedangkan sebelum ini jejaka dikenalinya itu mengaku masih solo..!

Sebenarnya, itulah secebis drama kehidupan Amanda Imani yang dilukai oleh insan bernama lelaki dari Singapura baru-baru ini. Cinta monyetnya bersama anggota kumpulan Sleeq, Syarif, berakhir bulan lalu gara-gara lelaki itu bertunang tergesa-gesa untuk menutup kontroversi yang berlaku.

Syarif atau nama sebenarnya Syarifullah Ahmad bila diajukan persoalan tersebut menafikan perkara tersebut mentah-mentah dan mendakwa mereka hanya sekadar berkawan rapat. Jadi jika mereka hanya berkawan seperti kata Syarif, ia seolah-olah Amanda yang 'hidung tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong'... betul ke?

“Saya serik untuk bercinta dengan seorang yang tak jujur. Saya tak kata dia ‘playboy’, tapi dia tak ikhlas.” ujar Amanda dipetik sebagai berkata, seolah menangkis semua dakwaan Syarif yang ibarat 'cakap tak serupa bikin'.

Tinggal kenangan - klik untuk imej besar...




“Saya kecewa dengan dia. Cara dia kendalikan perkara ini tidak matang. Saya nak bersihkan nama saya dan tak mahu peminat cakap bukan-bukan tentang saya. Ya, kami memang bercinta, walaupun hanya enam bulan saja. Saya ada bukti mesej mesra dia yang menulis ‘darling’, ‘baby’, ‘sweetheart’, ‘miss you’ dan sebagainya. Apa yang saya cakap kat media sebelum ini tak menipu atau sengaja nak keluarkan cerita itu,” jelas Amanda lagi dengan nada kesal.

Saat pertunangan Syarif dengan buah hatinya...


“Saya pun tak tahu dia dah ada teman wanita sehinggalah wanita itu mesej saya di Facebook. Tak apalah, benda ini pun dah berlalu. Semua itu dah tak penting untuk diri saya. Saya pun dah tak cakap dengan dia lagi dah. Apa yang buat saya gembira sekarang ialah kerjaya saya. Saya anggap ini semua pengajaran buat diri saya dan saya belajar dari kesilapan," tambahnya menutup bicara.

Dalam hal ini, jika Amanda benar-benar mahu membersihkan nama, tidak perlulah sorok mesej mesra sebagaimana yang didakwa... ketengahkan sahaja sebagai bukti yang Amanda dipihak yang benar. Kerana zaman sekarang, peminat perlukan bukti dan bukan sekadar bercakap kosong semata-mata.

Jika alasan Amanda tidak sebarkan mesej itu kerana tidak mahu mengaibkan Syarif, Amanda sebenarnya silap besar. Ikhlasnya, aib Amanda sendiri telahpun disebarkan oleh Syarif dan inilah masanya untuk Amanda membersihkan semua kotoran yang telah terpalit. Tak gitu??

No comments: