22 February 2012

ANAK AMIR UKAYS KEMBALI KERAHMATULLAH


Anak kepada penyanyi Amir Ukays meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selepas maghrib malam tadi. Untuk info, Allahyarham Mohd Imran yang berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak lahir dan sering berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan.

Berita ini telah disahkan sendiri oleh Amir Ukays yang dihubungi media bagi mendapatkan pengesahan.

Mohd Imran kini tinggal kenangan...



Kenangan - Mohd Imran pada tahun 2008


"Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat akhirnya. Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Apa pun, saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian," ujar Amir dipetik sebagai berkata dalam keadaan sedih.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan selepas Isyak pada malam ini. Al-Fatihah buat Mohd Imran.


No comments: