22 February 2012

GAMBAR SANA SINI - LISA SURIHANI MANDI BUNGA


Dibesarkan dalam dunia moden, bukan bererti pelakon Lisa Surihani melupakan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri. Malah untuk memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad, Lisa telah bersetuju melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinannya dengan Yusry Abdul Halim esok.

"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.

Klik untuk imej besar...




"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda.

"Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran," kata Lisa dipetik sebagai berkata.







No comments: