17 February 2012

ARIL PILUS NAFI BELI CINCIN TUNANG RM,4000


Selepas didakwa membeli cincin tunang berharga RM4,000 untuk dihadiahkan kepada bekas kekasih hati, Penyanyi Aril Pilus (AF7) atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 27, akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa isu tersebut amat mengarut.

Dakwa Aril, kesilapannya untuk bergurau dengan merakamkan gambar sambil dia memegang sebentuk cincin berlian mengundang gosip liar kononnya dia membeli cincin bagi memujuk kekasih.

Gambar yang didakwa membeli cincin tunang - Klik untuk imej besar...




“Saya akui ini kesilapan paling dangkal yang saya pernah buat. Walhal, tujuan saya dan seorang kawan merakamkan gambar itu adalah untuk suka-suka sebagai simpanan saja.

“Tak sangka pula ia tersebar dan mencetuskan spekulasi begini. Jenuh juga saya hendak menjelaskan perkara sebenar. Saya harap semua pihak faham dengan penjelasan ini,” jelasnya dipetik sebagai berkata.

Hakikatnya kata Aril, dia tidak membeli cincin tersebut seperti yang didakwa, sebaliknya sekadar melihat untuk dibelikan buat ibunya.

“Memang saya ada menyimpan niat dan hasrat untuk bertunang tetapi bukan sekarang. Ia adalah dakwaan mengarut dan tidak berlaku pun.

“Saya hanya melihat cincin tersebut di kedai dan mempertimbangkan untuk membelinya sebagai simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.

“Itu tidak bermakna saya hendak bertunang. Bagaimana pula saya hendak bertunang sebab tiada calon kekasih buat masa ini,” katanya.

Terdahulu apabila disentuh mengenai hasrat bertunang, Aril berkata sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, selepas kematian abangnya, penyanyi Izwan Pilus pada 20 Januari lalu, sudah tentu keluarganya teringin melihat dia berkahwin satu hari nanti.

“Sebelum ini saya memang ada kekasih tetapi kami sudah berpisah kerana tiada persefahaman. Walaupun saya berniat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, saya lebih selesa serahkan urusan itu pada ibu.

“Biarlah ibu buat pilihan yang terbaik sebab pada waktu ini saya memang tiada teman istimewa,” tambahnya.

No comments: