17 February 2012

FARAH ASYIKIN TAKUT BALASAN ALLAH


Jika isu terdahulu kami mengetengahkan artis yang masa kecil dan remajanya memakai tudung tetapi kemudian membukanya... tetapi berlainan pula dengan yang ini. Selepas Ana Raffali bertudung kerana berhijrah di bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW... terbaru penyanyi Farah Asyikin, turut berhijrah untuk bertudung selepas melakukan solat taubat lima hari lalu.

“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesama kita.

“Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selesai menunaikan solat taubat nasuha.





Hijrah Farah - Klik untukj imej besar...






“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan.

“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat.

“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang.

“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik," demikian ujar Farah dipetik sebagai berkata.

No comments: