16 February 2012

VIDEO 18SX: MELIA AIMIELLIA DIANIAYA?


Facebook (FB) pelakon filem 'Karipap-karipap Cinta', Melia Aimiellia telah di hacked semenjak bulan Januari lalu hingga menimbulkan kesukaran untuk beliau berhubung dengan peminat. Demikian dakwaan yang diberi oleh pelakon itu dalam laman sosial itu yang meminta peminatnya 'menarik diri' daripada laman tersebut.

"sorry guys.. jangan percaya lagi.. fb melia kena hacked.. melia tak boleh buka lagi account ni!! delete melia aimiellia.. plsss," tulisnya yang bertarikh 9 Januari lalu.

Gambar misteri Melia - Klik untuk imej besar...




Screenshot FB Melia yang didakwa di hacked...


Melihat perkembangan itu, apakah ada pihak yang sengaja mahu menggodam FB Melia untuk memburukkannya? Tambahan pula, sekeping gambar mesranya dengan lelaki misteri turut disiarkan oleh 'penggodam' kemungkinan mahu memalukannya.

Lebih teruk, terbaru timbul pula fitnah lebih serius apabila ada pihak kononnya mengirim video milik pelakon itu yang berdurasi 30 saat ke media. Malah screenshot video yang disifatkan sebagai 18SX itu turut disiarkan sebagai bukti walaupun ia belum sahih milik Melia atau kemungkinan kepunyaan 'pelanduk dua serupa'.

Screenshot video yang disiarkan oleh laman OhBulan...




Lihat sahajalah apa yang berlaku pada artis-artis lain sebelum ini yang mendakwa dianiaya apabila video lucah 'super impose' mereka disebarkan. Antaranya ialah penyanyi sebuah kumpulan rap dan artis di bawah naungan mereka yang hingga kini tutup kes tanpa sebarang siasatan.

Oleh yang demikian, mungkinkah Melia juga mengalami nasib yang sama apabila 'dijatuhkan hukuman awal' melalui video yang belum di siasat pihak berkuasa itu? Atau isu ini bakal lenyap begitu sahaja laksana kes-kes terdahulu apabila Melia menafikannya dengan alasan FB kena hacked atau ia adalah 'super impose' semata-mata?

Pada Melia, bersabarlah jika anda tidak bersalah dan serahkan pada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Tetapi jika sebaliknya... terimalah akibat buruk hasil perbuatan kita sendiri kerana kita mungkin boleh melepaskan diri di dunia, namun tidak di akhirat. Allahualam...!

Melia ketika berlakon dalam Karipap-Karipap Cinta...


No comments: