22 February 2012

'DIN' MASIH TERINGAT NOSTALGIA FILEM KAMI


Masihkan anda ingat dengan filem 'KAMI' lakonan Allahyarham Sudirman dan pelakon cilik berusia 11 tahun yang memegang watak Din?

Untuk info, Zul Zamrin Zamanhuri yang memegang watak Din kini bekerja sebagai orang kuat IT di negara ini. Beliau yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-3, di Kuala Lumpur sebenarnya telah diberi peluang berlakon disamping Sudirman kerana 'tuah' sebagai peminat.

Klik untuk imej besar...




Dan hari ini, Zul telah dijemput ke Malaysia Hari Ini (MHI) sempena ulang tahun kepergian Sudirman bagi menceritakan pengalamannya berlakon disamping Allahyarham. Menurut Zul, dia sebenarnya tidak berminat lagi dalam dunia lakonan dan filem KAMI merupakan filem pertama dan terakhir baginya.

"Saya sebenarnya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam akademik dan bukannya lakonan.

Lakonan Zul yang selamba dalam KAMI...


"Bagaimanapun, peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini," ujarnya yang masih menyimpan keratan akhbar mengenai berita penglibatannya dalam filem KAMI.

Terdahulu, Zul secara berseloroh mengatakan bahawa nama 'Din' dalam filem itu seperti sudah melekat dalam hidupnya. Malah anaknya juga memanggilnya Din apabila mereka menonton kembali filem tersebut.



"Filem itu hebat dan diingati bukan kerana saya, tetapi kerana nama Sudirman yang menerajuinya. Sampai sekarang saya masih ingat kebaikan Arwah dan tunjuk ajarnya ketika berlakon bersama," tambah Zul menutup bicara.

'Din' atau Zul sekarang...





Gambar daripada MHI

No comments: