22 February 2012

MISHA OMAR DAN FIROS TUNANG SENYAP-SENYAP


Gambar pertunangan Misha Omar, 30, dengan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 30. Mereka bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada tengahari kelmarin.

Misha telah menerima lima dulang hantaran berbalas lima dan disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin. Bagaimanapun, kedua-duanya pasangan ini masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.

Klik untuk imej besar...




"Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya dipetik sebagai berkata.











No comments: