08 May 2012

ISU GAMBAR KANDID: ADA YANG KHIANAT - NURUL


Nurul Ain Nordin (Ain) akhirnya membuka mulut dengan mengatakan bahawa penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof oleh pihak tertentu satu perbuatan khianat disebabkan tidak berpuas hati dengannya.

Menurut aktres dan pengarah filem Oh Mak Kau (OMK) itu, dakwaan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Syamsul juga adalah tidak berasas sama sekali.

“Sudah berulang kali saya memberikan penjelasan mengenai hubungan kami namun saya sedar tidak mudah untuk meyakinkan orang untuk menerima apa yang saya katakan.





“Hakikatnya, kami hanya kawan. Hubungan kami adalah atas dasar profesional kerana dia banyak membantu membimbing saya di lokasi penggambaran filem OMK dan tidak lebih daripada itu,” ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Untuk info, beberapa keping gambar kandid didakwa memperlihatkan kemesraan mereka yang duduk berasingan daripada krew dan pelakon lain ketika di lokasi penggambaran filem OMK disebarkan melalui email.



Dakwa pengirim email tersebut, Ain dan Syamsul menjalin hubungan rahsia di lokasi penggambaran filem OMK. Lebih teruk, Syamsul juga dikatakan sanggup menemani Ain di lokasi penggambaran selama beberapa jam walaupun dia tidak terlibat dengan penggambaran.

“Saya ada bercakap dengan Syamsul mengenai perkara ini. Saya mohon agar isu ini tidak dibesar-besarkan kerana saya tidak mahu perkara remeh-temeh begini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada Syamsul, bapanya Datuk Yusof dan mereka sekeluarga yang saya hormati.

“Apatah lagi dakwaan itu adalah tidak benar jadi saya bimbang ia akan melukakan hati kekasih Syamsul pula,” tambah Nurul bersungguh.



Bagaimanapun, Nurul menafikan gosip tersebut sengaja ditimbulkan bagi meraih publisiti murahan untuk filem OMK arahannya.

“Dakwaan itu bukan strategi kami untuk mempromosikan OMK. Bagi saya, masih terlalu awal untuk tujuan itu kerana filem ini baru tamat penggambaran dan kini dalam proses suntingan dalam talian.

“Kalau semuanya lancar, ia mungkin akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Jadi, tak mungkinlah kami sengaja mengada-adakan kontroversi ini untuk promosi pula," jelasnya.

No comments: