07 May 2012

LAGI GAMBAR KEMESRAAN NURUL AIN & SYAMSUL


Benarkah mereka sekadar 'teman tapi mesra'? Tiga keping lagi gambar-gambar kandid Syamsul Yusof dan Nurul Ain Nordin yang dikirimkan oleh Ex Krew melalui email lverage@gmail.com.

Dakwa Ex Krew, kalau ramai pembaca mengatakan yang dia dengki... terpulanglah. Dia hanya memberitahu perkara sebenar.

Klik untuk imej besar...








"Apa motif samsul di set walaupun tiada shooting? Kadang-kadang sampai subuh? Duduk berdua dalam kereta besar hammer samsul sampaikan krew lain kena tunggu director untuk startkan shooting??

"Kenapa perlu berada sebelah dengan kerusi pengarah perasan bagus tu? Dia pelakon, bukan pengarah! Dan gambar satu lagi itu diambil ketika semua krew dan artis lain di waktu rehat untuk makan dan solat. Tetapi kenapa mereka perlu duduk berdua-duaan di dalam rumah sedangkan yang lain di luar?

"Gambar ketiga, duduk berdua di sebelah seat pengarah dengan begitu happynya sedangkan orang lain semua tiada disana?? Kenapa perlu duduk berjauhan dengan orang lain? Kenapa ada speciality terhadap samsul di set? Pikirlah sendiri!" Ujar pengirim email mempertahankan dakwaannya.

Dalam perkara ini, siapakah yang benar? Allahualam... kerana setakat ini baik Syamsul mahupun Nurul Ain, mereka hanya mengambil sikap mendiamkan diri.

Mungkin bukan kerana takut atau malu, tetapi kerana tidak mahu memanaskan isu 'tidak benar' yang sememangnya sudah sedia panas. Tak gitu?

No comments: