15 May 2012

SYAHRINI BONGKAR CINTA KERABAT SELANGOR


Setelah berdiam diri, akhirnya artis seberang Syahrini membongkar kisah cintanya dengan seorang kerabat diraja Selangor, dikenali sebagai Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohammad Syazni.

Syahrini atau Fatimah Syahrini Zailani,30, kelahiran Indonesia memberitahu, cinta mereka telah berputik sejak dua tahun lalu. Mereka berdua berkenalan ketika sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.

“Hubungan kami sudah berjalan sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh itu ia tiada masalah cuma saya tidak mahu ia diketahui ramai,” katanya bagi menjelaskan hubungan mereka ketika ditemui media di Royal Hotel, Bogor, Indonesia.

Klik untuk imej besar...




Lebih manis, katanya pada bulan Februari lalu dia telah menerima sebentuk cincin berlian daripada Bubu dalam satu makan malam yang diserikan dengan jambangan bunga bagi meraikan cinta mereka.

Dalam pada itu, Bubu memberitahu dia bukanlah lelaki yang berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia. Beliau kemudian turut mengesahkan dirinya adalah kerabat diraja yang berasal dari Selangor.



“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.

"Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu dipetik sebagai berkata kepada media Indonesia.



Terdahulu, media di Indonesia heboh membuat spekulasi mungkinkah Syahrini bakal menerima nasib yang sama dengan Manohara Odelia Pinot sekiranya menjadi isteri Bubu. Mereka nampaknya lebih risau berbanding Syahrini yang kelihatan 'tenang' menerima cinta kerabat raja itu.

No comments: