05 September 2012

SEKITAR RUMAH TERBUKA FINAS


Isnin lalu, Finas telah mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan pelancaran filem dokumentari berjudul Malaysia: Sanctuary Of Faith - The Mosque, The Church & The Temple yang dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.

Dalam ucapan Dr Rais Yatim, beliau menyeru penggiat filem dokumentari agar menimba ilmu daripada penggiat filem luar negara supaya mereka terus berjaya dimasa akan datang. Tambah beliau, jangan selepas pengambaran tamat, penggiat filem tempatan ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang pertukaran maklumat atau menimba ilmu dan kemahiran mereka.

Klik untuk imej besar...



"Kita harus mengambil peluang yang ada untuk menjadi penggiat filem dokumentari yang lebih baik berbanding sebelumnya. Oleh yang demikian, kita harus menimba ilmu sebanyak mungkin daripada mereka," ujarnya merujuk kepada penggiat filem antarabangsa seperti History Channel yang datang ke Malaysia untuk bekerjasama.

Untuk info, selepas majlis pelancaran, para jemputan telah disajikan dengan pelbagai juadah sempena rumah terbuka Finas. Antara penggiat filem yang hadir ialah Norman KRU, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.









No comments: