14 December 2012

KEMALANGAN MOTOR - SUAMI SITI NURHALIZA STABIL

Semalam heboh satu Malaya apabila suami Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K) mengalami kemalangan ketika berada di New Zealand. Dimaklumkan, Datuk K patah bahu kiri dan mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat kemalangan yang melibatkan motosikal berkuasa tinggi.

Meskipun begitu, keadaan Datuk K dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Namun Siti Nurhaliza yang sepatutnya mengadakan konsert terakhirnya di Banjarmasin, Indonesia terpaksa membatalkan persembahan dan bergegas terbang ke New Zealand kerana bimbangkan keadaan suaminya.

Mungkin motosikal seperti inilah yang ditunggang Datuk K
Klik untuk imej besar...




Untuk info, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan menghabiskan masa terluang di waktu petang dengan menunggang motosikal di sekitar Queenstown.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.



Sementara itu, Kakak ipar Dato' Siti Nurhaliza, Datin Zaiton Muhd Jiwa memberitahu dia mendapat tahu mengenai kemalangan tersebut daripada rakan Dato` Khalid sendiri.

"Dia beritahu bahawa Khalid telah cedera teruk selepas ditimpa kemalangan dan telah pun dimasukkan ke hospital," katanya kepada media.

"Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah dan mereka bimbang kalau-kalau berlaku kecederaan dalaman.



"Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan.

"Hendak cakap lebih-lebih pun susah, sebab Kak Tun tak tengok lagi keadaan diri dia. Apatah lagi bercakap. Tuhan sajalah yang tahu macamana perasaan Kak Tun pada waktu ni. Ibu Kak Tun pula dari tadi asyik break down saja.

"Kalau boleh, hari ni jugak Kak Tun hendak terbang ke Queensland melawat dia di sana. Malangnya, semua flight telah pun habis ditempah. Maklumlah cuti sekolah," katanya.

No comments: