13 December 2012

KRISDAYANTI LAHIR BABY BARU


Siapa kata artis wanita hanya mahu menjaga kecantikan dan ada segelintirnya yang takut beranak kerana mahu menjaga bentuk tubuh? Kenyataan tersebut sebenarnya jauh berbeza dengan artis Indonesia, Krisdayanti apabila selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Raul Lemos di hospital RS. Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat, Indonesia, semalam.

Untuk info, bayi lelaki tersebut seberat 3.6 kilogram lahir secara pembedahan kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh cantik iaitu 12-12-12.

Klik untuk imej besar...



"Alhamdulillah, hari ini, 12.12.12, Kris melahirkan seorang putera. Kami memberikannya nama Kellen Alexander Lemos.

"Saya menemani isteri sebelum dia melalui proses kelahiran kerana saya tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan," kata Raul kepada media.



"Proses kelahiran anak Kris cepat dan lancar, hanya 40 minit sahaja. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat," kata doktor Andi Audono yang merawat Kris.

KLIK UNTUK MELIHAT ANAK PERTAMA KRIS & RAUL


No comments: