10 January 2013

SHARNAAZ AKUI KONGKONG SHILA AMZAH


Setelah pelbagai kontroversi tercetus antara Shila Amzah dan kekasihnya Sharnaaz Ahmad, 27, akhirnya pelakon tersebut mengakui yang beliau memang mengongkong pergerakan Shila demi kebaikan.

"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.




Dakwaan lamaran Sharnaaz baru-baru ini...


"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," jelas Sharnaaz tanpa sembunyi ketika ditemui media di e-Curve, Damansara, Selangor semalam.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan dengan lebih lanjut, Sharnaaz enggan bercakap mengenai cinta sebaliknya berazam ingin menumpukan perhatian terhadap perkahwinan dengan Shila satu hari nanti.

Untuk info, Sharnaaz menjadi tumpuan dan kritikan peminat Shila apabila didakwa terlalu mengongkong penyanyi tersebut. Lebih membuat segelintir daripada mereka berang ialah apabila Sharnaaz didakwa 'kepala angin' dan cepat melenting hingga membuat mereka bosan.

Malah ada juga antara mereka yang mencadangkan agar Shila mencari kekasih lain yang lebih memahami dan tidak pemarah.

No comments: