09 January 2013

4 GAMBAR - YUNA 'DATING' DENGAN KEKASIH?


Pasti ramai peminat muzik sudah tahu yang Yuna baru-baru ini berjaya merangkul kejuaraan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) terbitan TV3 melalui lagu Terukir Di Bintang. Malah Yuna juga kemungkinan bakal berkolaborasi bersama David Foster iaitu penerbit tersohor di Amerika Syarikat yang pernah memenangi beberapa anugerah Grammy.

Bagaimanapun, bukan cerita itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi gambar-gambar terkini Yuna bersama lelaki Mat Saleh bernama Julian Schratter yang merupakan seorang model dan jurugambar profesional yang didakwa segelintir pihak sebagai kekasih barunya. Meskipun pernah menafikan, namun kemesraan mereka nampak seolah lebih daripada seorang 'kawan'.

Klik untuk imej besar...


Jika benar mereka kini 'teman tapi mesra', inilah yang dikatakan orang 'patah tumbuh hilang berganti'. Tak gitu?







No comments: