09 January 2013

BINTANG POP KOREA 'RAIN' KENA TAHAN


Akibat 'berdating' dengan kekasih secara sembunyi, bintang pop terkenal, Rain, terpaksa menjalani tahanan berek selepas melanggar peraturan tentera negara Korea Selatan.

“Suruhanjaya tatatertib memutuskan Rain perlu dikenakan tindakan tahanan berek selama tujuh hari atas kesalahannya itu,” kata jurucakap kementerian negara tersebut.




Untuk info, Rain, 30, sedang menjalani latihan tentera (sudah hampir dua tahun) dan latihan tersebut merupakan peraturan wajib bagi setiap lelaki di Korea. Hanya lelaki yang kurang upaya atau OKU sahaja dikecualikan dan hukuman penjara akan dikenakan jika ada yang ingkar.

Bagi yang masih belum tahu, kekasih Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon ialah Kim Tae-Hee, 32, seorang bintang drama yang berjaya mencuri hatinya.

Perhubungan mereka sebenarnya masih baru iaitu kira-kira sebulan lebih dan mereka juga terpaksa curi-curi 'dating' apabila Rain menjalani latihan ketenteraan. Dan hasilnya, Rain akhirnya 'tertangkap' apabila bertemu secara rahsia dengan kekasihnya itu.

Rain dan Kim Tae-Hee...




No comments: