13 May 2013

FORTEEN KINI MUNCUL DENGAN 'KITA'


Forteen kini sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air.

Tahun 2011 merupakan detik permulaan bagi perjalanan karier Forteen yang terdiri daripada empat orang anak seni berbakat iaitu One, Ariz, Ameerais dan Izzue apabila single “Berdua Bersatu” yang merupakan single pertama mereka berjaya mendapat respon yang amat positif di kalangan penggemar muzik tanah air.




Ini terbukti walaupun belum genap setahun kehadiran mereka di industri muzik tanah air, Forteen telah berjaya ke Top 5 kategori Artis Duo/Berkumpulan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Kehadiran “Seperti Dulu” (lagu tema filem animasi 3D, “29 Februari”) selaku single kedua pada tahun 2012 sekali lagi berjaya melonjakkan populariti Forteen di persada seni tanah air. Tahun 2012 juga merupakan pencapaian yang baik buat Forteen apabila mereka dinobatkan selaku Vokal Berkumpul Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012.



Forteen tampil sekali lagi mewarnai industri muzik tanah air bagi tahun 2013 dengan single terbaru berjudul “Kita”.

“Kita” merupakan single berkonsepkan pop ballad dan mendapat sentuhan berbisa komposer terkenal iaitu Edry Abdul Halim.

“Kita” mengeskpresikan perasaan seseorang yang berdepan cinta kekasihnya yang sudah tidak sehebat dulu dan timbul pelbagai persoalan tentang masa depan.



“Harapan kami adalah untuk terus menghasilkan single-single yang berkualiti dan ingin berkerjasama dengan KRU Music dalam jangka masa panjang. Single “Kita” juga masih mengekalkan irama pop ballad seperti single yang terdahulu dan mengetengahkan elemen-elemen segar dan senang untuk di dengar,” kata Forteen.

KRU Music yakin kemunculan Forteen menerusi “Kita” mampu mengangkat karier seni mereka ke tahap yang lebih tinggi sekaligus menggembalikan era kegemilangan vokal berkumpulan tanah air.

No comments: