27 June 2013

TUNJUK BUKTI KALAU DAH KAHWIN - MISHA OMAR


"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama," ujar Misha Omar, atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, menjawab persoalan mengenai statusnya semalam.

Misha berkata demikian bagi menjawab tuduhan bahawa beliau sudah berkahwin dan sekaligus mencabar individu yang menuduhnya mengemukakan bukti. Tambah Misha, dakwaan tersebut telah menyebabkan pernikahannya dengan juruterbang Malaysia Airlines System (MAS), Fiross Ezwan Rosly tertangguh.




Tambah penyanyi itu, dia memang mengenali individu yang menyebarkan fitnah tersebut dan amat kesal kerana tuduhan itu benar-benar mencalarkan reputasinya.

Untuk makluman, Misha membuka mulut berikutan gosip kononnya perkahwinannya dengan Fiross, 31, tertangguh disebabkan Misha menanti surat cerai daripada bekas suaminya iaitu seorang ahli perniagaan di Kelantan.



"Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan.

“Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin," jelasnya.



Terdahulu, menurut Misha, dia dan Fiross telah memilih Februari 2014 untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Namun tarikh sebenar perkahwinan akan ditetapkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti kerana keluarga kami akan berjumpa untuk berbincang semula,” katanya.

No comments: