31 July 2013

BILA ARJA LEE BERBUKA DI HOSPITAL


Jasa dan pengorbanan seorang ibu harus dikenang dan dihargai! Tanpa ibu, kita tidak dapat melihat dunia yang indah ini.

Demikianlah halnya dengan Arja Lee, jasa ibu Salmah Aziz, 60, baginya lebih berharga daripada wang ringgit. Meskipun sibuk dengan urusan harian sebagai insan seni, namun beliau tetap meluangkan masa berbuka puasa dengan ibunya yang sakit kanser di hospital.




"Sebagai anak bongsu yang belum berumah tangga, saya bertanggungjawab menjaga ibu. Selagi dia ada, saya akan menjaganya hingga ke hujung nafas saya. Inilah masanya untuk saya membalas jasa ibu yang membesarkan saya.

"Buat masa ini, keadaan ibu sangat lemah dan dia turut menjalani rawatan kimoterapi serta radioterapi di Hospital Selayang.

"Saya sangat kagum dengan semangat dan kekuatan ibu melawan penyakit kanser yang dihidapinya sejak 13 tahun lalu. Malah, doktor juga turut mengakuinya," luah Arja dipetik sebagai berkata.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...