25 July 2013

HATTAN KAHWIN KALI KEDUA DENGAN ARIANIE


Kesungguhan Datuk Hattan akhirnya menambat kembali hati isterinya Datin Arianie Abidin, 42, untuk rujuk kembali selepas hampir 9 tahun bercerai. Meskipun ia satu masa yang agak lama, namun kata Arianie, dia menganggap semuanya sebagai ketentuan Allah.

"Kesungguhannya untuk memikat hati saya sejak sembilan tahun lalu akhirnya menyentuh hati saya walaupun saya mengambil masa yang lama untuk menerimanya semula.




"Bak kata pepatah kalau sudah jodoh tidak akan ke mana-mana dan saya berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayat kami," kata Arianie selepas majlis akad nikahnya semalam.

Untuk makluman, Hattan dan Arianie sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.



Mereka berdua telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat jam 6 petang.

"Kami memilih untuk disatukan pada bulan Ramadan kerana mahu mengambil keberkatan bulan mulia umat Islam itu.





"Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul.

"Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama," ujar hattan dipetik sebagai berkata.

Mereka sekeluarga dikhabarkan akan bercuti ke London hujung tahun ini.





No comments: